Sekuat mana wanita cuba menghadapi DUGAAN . Setabah mana wanita cuba melalui UJIAN . Adakala airmatanya akan tetap jatuh berguguran dalam senyuman .

Wednesday, December 25, 2013

Peringatan untuk diri sendiri :*


1. Bulu Kening.
Menurut Imam Bukhari: Rasullulah melaknat
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
keningnya." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki).
"Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan." (An-Nur: 31)

3. Wewangian.
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-
wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada
zina." (Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan
Hibban)

4. Dada.
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-
Nur:31)

5. Gigi.
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya." (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan
Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan
Bukhari).

7. Tangan.
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata.
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pandangannya." (An Nur : 31).

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang
pertama, pandangan seterusnya tidak
dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi).

9. Mulut (suara).
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang
ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al
Ahzab: 32)

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya
akan ada umatku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, Yaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibnu Majah).

10. Kemaluan.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka. "(An Nur : 31).

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima
waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah).

 Copy from www.annasjava.heck.in .

Semua orang tak sempurna . Tetapi kita boleh usaha untuk mencapai sesuatu .. 
Inginkan menjadi wanita solehah itu cita citaku ..
Kalau semua orang berdoa .. memberi dorongan ,
InsyaAllah tercapai ..
Kita sama sama beringat ..
Kita sama sama mencuba .
Terima Kasih .
Assalamualaikum