Sekuat mana wanita cuba menghadapi DUGAAN . Setabah mana wanita cuba melalui UJIAN . Adakala airmatanya akan tetap jatuh berguguran dalam senyuman .

Wednesday, January 28, 2015

Rindu .


Rindu ?
Rindu nie hadir dengan sendiri tanpa diminta .
Ada rindu kawan . rindu kekasih , rindu Allah .
Rindu dapat buat kita sakit . Rindu dapat buat kita menangis .
Rindu dapat menyeksa ,
Yaa , Itulah rindu .

Mehh nak cite .
Kawan ? hemm .
Athirah binti Mahadi
sesungguhnya lama sangat sangat tak jumpa *padahal baru 3 tahun*
tapi disebabkan terlalu rapat , rase sedih tak jumpe tu kuat .
hemm
Alkisahnya , MIMPI .
mimpi mimpi mimpi
2 hari lepas . Iha jumpa Thirah dengan mak die .
mimpi hanye skejap .
Dapat pelukan dari mak die . dan Thirah .
Sepanjang kami jumpa . kami tak borak lansung
kami hanye habiskan dengan tangisan dan pelukan
sebab berjumpa hanya seketika
sedih tu memang tak terkata .
berpisah sangat payah
masing masing main tarik tali
nak lepas tak . nak lepas tak
disebabkan dipanggil ayah . kami leraikan pelukan .
bersalam .
menghabiskan masa dalam kereta dengan tangisan
dan akhirnya
Iha tersedar dari tidur ,
Bangun . rasa berkaca kaca mata
Tahan dan beristighfar
Kami dah lama rancang nak jumpa
akibat beberapa masalah kami terpaksa batalkan
hemm
lamanya tak jumpe ,
tapi takpa .
In Shaa Allah
Allah akan jumpakan kami
Suza .. Athirah .. Najihah ,. Athirah .. Fatehah .. Amirah

Berjumpa dalam mimpi perit rase .
Orang kate . kalau kita mimpi seseorang . bermaksud orang itu rindu kita

In Shaa Allah
Assalamualaikum

Tuesday, January 27, 2015

HUKUM MEMAKAI CONTACT LENS KETIKA SOLAT DAN PUASA


Soalan :
Bolehkah memakai contact lens (kanta lekap) semasa solat , puasa m adakah sah ibadahnya ?
Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada mempunyai masalah rabun atau sekadar suka suka ?

Jawapan :
Ada dua tujuan memakai kanta lekap :

1. Tujuan perubatan . iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya . iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata .

2. Tujuan perhiasan , iaitu memakainya sekadar suka suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata) . Ia masuk dalam hukum perhiasan . Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan syara' . iaitu
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj

b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain - terutamanya wanita - (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya)
c) Tidak mengubah ciptaan Allah
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir .
f) Tidak berlebihan
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat syarat diatas , sebahagian ulamak telah menfatwakan haram memakai contact lens yang bewarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para dokter sendiri . di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa . ia tidak menjejaskan ibadat ibadat tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa . menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa . solat pun begitu juga . tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens ,

Wallahu a'lam

www.islamituindah.my